Anjakan proaktif PEMBINA Bangi dalam menyumbang kepada usaha pembinaan generasi belia yang mampu menjadi aset bernilai tinggi kepada Islam, negara dan bangsa diperkemaskan lagi dengan mengadakan Retreat 2010 dengan tema “ Memacu Aktivisme Belia” pada 28 Februari 2010 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi.
Pemilihan tema Retreat pada tahun 2010 iaitu ‘Memacu Aktivisme Belia” adalah sinonim dengan matlamat dan halatuju PEMBINA. Peri pentingnya melahirkan generasi belia yang mempunyai nilai jati diri yang mantap, berkeperibadian mulia, berilmu pengetahuan dan kemahiran tersendiri adalah bagi menyediakan golongan pewaris yang bakal menentukan warna-warni dan corak hala tuju kemajuan negara, bangsa dan agama kelak.
Kejayaan sesebuah organisasi bukan terletak pada kebolehan ahli-ahli melaksanakan segala arahan, namun ia terletak pada penjiwaan ahli-ahliterhadap agenda organisasi tersebut. Seruan ini adalah antara intipati penting ucapan Ketua Cawangan, Saudara Aizuddin Khalid dalam Retreat 2010. Alhamdulillah, segala perancangan telah direncanakan dengan sebaik mungkin dalam Retreat kali ini danpenterjemahan perancangan itu pastinya bergantung kepada action dan usaha ahli PEMBINA sebagai aktivis dan menyediakan diri sebagai volunteer kepada aktivisme. Peranan ahli PEMBINA dalam memacu aktivisme belia adalah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan perancangan tersebut, namun hasilnya milik Allah kerana dakwah itu milikNYA.
Ayuh! Belia dan Beliawanis PEMBINA, persiapkan diri. Mulakan langkah jika belum bermula, teruskan langkah dan usah berundur jika telah bermula dalam menjadikan diri sebagai permata belia negara, bangsa dan agama.
No comments:
Post a Comment